Friday, May 20, 2011

tak ada selera malam tadi..'mandai' jadi pilihan tekak

sesiapa yang mengenali aku akan sentap+terkejud+pengsan+terkentut+gigit jari kaki bila dengar aku tak ada selera..tapi terima la kenyataan ini..aku mmg tak selera nak makan benda lain selain "mandai"..soalan...apakah mandai itu..jawapan...mandai adalah kulit cempedak yang telah dibersihkan dan dibuang kulit luar dan di jerut dengan air garam.boleh tahan lama.tapi tak sempat lama pon..akan habis punya...mak aku org banjar..aku dibesarkan dengan makanan tradisi org banjar..salah satu yang menjadi kesukaan aku adalah "mandai".sapa org banjar tau la kot..



ini adalah menu malam tadi..pening nak masak apa..ayam goreng, sayur kobis goreng. mandai dan petai ulam.







kalau korang nak cuba...dapatkan la buah cempedak..atau tiru cara aku...hahahaha..aku akan tengok kiri dan kanan..pastu pegi gerai yang menjual goreng pisang..yang penting tengok lu ada cempedak goreng tak kat situ..sambil pandang2 sekeliling gerai tu...kalau ada kulit cempedak kat tepi yang nak dibuang..angkat kening pada makcik tu...toleh org sekeliling..tunggu sampai semua dah blah...cakap dengan lembut..makcik buang ke kulit cempedak ni..layan dengan ramah seperti sudah kenal 10 tahun..kalau dia bagi mmg rezeki la..blik boleh terus jeruk..4 hari jeruk selalu dan boleh masak.hahahahaha





cara masak pulak..aku pilih goreng kering..mak aku cakap boleh masak gulai..tapi yang selalu makan goreng garing la..semua bahan2 kene goreng satu persatu sampai garing..mula dengan ikan bilis-mandai-cili kering-bawang..dan siap goreng campur semua bahan2..siap untuk melantak...nasi panas2..pehhhhh..melelehhh...kupkupkup..bunyi dalam mulot..



cukop la satu menu ni jer untuk aku...



selamat mencuba!!!!



14 comments:

NM02 said...

bawak opis aku nak try. nasi ngan masak lemak cili api ikan sekali eh

ct shah said...

sedap ke yan?bawaklah gi opis.tak penah rasa ni.by the way,pandai cara ko approach makcik bedah tuh.:p

chichi said...

kak ina.."keadaan"..hahahaha

ct..sedapppppp...apa kata kau bagi aku 3 biji buah cempedak..aku janji bawak g opis...kahakahakaha

sha a.s said...

weyh, mesti sedap kn..aku x penah dgr la mandai pepandai ni...pekate ko bwt, kasik aku teraii sebekas dua bekas ke...

saveme_zero said...

ermm..x penah mkn lg la mandai ni. 1st time dgr nama dia..hehehe. nti leh la pki ksu rasa pulak.

remis tu ada musim,g la cari kat bagan lalang pun ada.

..::SangRatoo::.. said...

ya Allah...ko BANJARIAN ke YAN..mmg berbungolan laaa si ikam ni..tapi aku banjar bungol..kadak ketahuan makan mandai..

chichi said...

kak ju,oooo
bersurah bisak makan kadatahok..hahahaha

kak su,
boleh..tapi ada syarat..hahahaha

sha,
maceh bagi keropok ikan..apa kata kau datang umah aku makan..leh kan...

RuHiL said...

chichi.. sedap nya.. lama dah tak makan mandai ni.. pebret ni.. sbb saya pon org banjar..! tapi tak penah buat sendiri.. selalu mak je yg buat.. terliur ni.. nasib baik bukan ngidam je..

gedek! said...

Bes la pinggan puteh kosong tanpa corak...

Macam kat hotel!

gedek! said...

Bes la pinggan puteh kosong tanpa corak...

Macam kat hotel!

- dieyana - said...

salam kenal chici...smile!

.:Mama Dhia:. said...

x penah dengar pun mandai..mungkin sebab bukan org banjar..(^__^)

AEDAN said...

ko Yan...
Banjarlah..Banjaranlah...
semua ada...!!!

ronggenglela said...

mandai ni memang sedap....tapi punca nk wat mandai tu mestila kena PAnDAI....korang pernah dengar tak perkataan SAMPAH?...hahhahahhaha